IPOH – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Kuala Lumpur pada pukul 12.16 tengah hari tadi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada pukul 11.37 pagi sebelum terputus hubungan 39 minit kemudian dengan menara kawalan udara.
Menurut Ka Siong helikopter milik syarikat swasta berkenaan dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Bidor.
Berita penuh akan menyusul. – KOSMO! ONLINE