fbpx

KKR siap siaga hadapi risiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (tiga kanan) meninjau laluan dari Permatang Pak Elong ke Jambatan Merdeka di Kepala Batas, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia berdepan kemungkinan berlaku bencana banjir susulan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengalami hujan lebat berterusan mulai November depan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerian bersiap siaga bagi memastikan infrastruktur dan laluan dapat digunakan dengan lancar semasa berlaku sebarang kecemasan.

“Kita mahu menjaga infrastruktur yang ada dan pastikan perhubungan tidak terputus khususnya apabila berlaku banjir besar, ada laluan yang boleh dilalui pasukan kecemasan serta penyelamat yang ingin menghulurkan bantuan.

“Apabila ada tanda-tanda (banjir), kita akan wujudkan Bilik Gerakan Bencana di peringkat ibu pejabat yang akan mula beroperasi.

“Peringkat daerah pun akan ada BGB dan kita akan pantau bentuk bantuan yang boleh diberikan di samping memastikan maklumat mengenai jalan terkesan akan sentiasa dikemaskini,” katanya selepas merasmikan perasmian projek membina jalan dari dua lorong kepada empat lorong di Permatang Pak Elong, Kepala Batas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kenderaan dan bantuan yang diperlukan pasukan di peringkat daerah dan negeri turut akan disediakan mengikut situasi.

“Oleh sebab itu, di peringkat kita, kita sudah ada SOP iaitu bila berlaku sahaja kita dapat boleh terus hulurkan bantuan,” jelasnya.

Terdahulu, MetMalaysia menjangkakan cuaca yang dialami bakal memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI