fbpx

Pasangan Hanhae, Han Ji-eun berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanhae dan Han Ji-eun.

SELEPAS dua tahun menjalin percintaan, hubungan penyanyi rap Hanhae dan pelakon Han Ji-eun kini sudah berkecai.

Hujung September lalu, beberapa portal hiburan mendakwa pasangan itu telah berpisah, namun belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, agensi HB Entertainment yang mewakili Ji-eun mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

“Hubungan Han Ji-eun dan Hanhae telah putus. Namun, kami tidak dapat berkongsi maklumat lanjut berkenaan punca keretakan hubungan mereka kerana ini melibatkan hal privasi,” ujar kenyataan agensi berkenaan.

Pada masa sama, agensi Brand New Music juga mengesahkan perkara serupa selain enggan berbicara lanjut mengenainya.

Kedua-duanya mula terbuka berbicara perihal hubungan cinta mereka sejak Ogos tahun lalu meskipun diketahui sudah pun bercinta pada Disember 2018 lagi.

Hanhae kini sedang mengikuti latihan ketenteraan sejak Februari tahun lalu, sementara Ji-eun pula tetap aktif dengan dunia lakonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI