fbpx

Pak Lah alami demensia – Khairy Jamaluddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri, Tun Jeanne Abdullah.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan, bapa mentuanya yang juga bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengalami demensia.

Beliau berkata, atas sebab itu, Abdullah yang mesra dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Pak Lah tidak lagi kelihatan di khalayak ramai.

“Ia menjadi cabaran kepada kami melihat kemerosotan fungsi kognitif beliau. Ada sesetengah yang sedar, tetapi ramai yang tidak.

“Justeru, pihak keluarga mengambil keputusan untuk berkongsi secara terbuka sebahagiannya bagi memberi penerangan tentang demensia dan kecacatan kognitif,” katanya pada Twitter di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, mujur pihak keluarga mampu menyediakan penjagaan profesional.

“Bagaimanapun, ramai lagi yang tidak mampu berbuat demikian.

“Justeru, penting bagi kami untuk melabur dalam penjagaan sosial bagi menyokong keluarga yang mempunyai orang tersayang memerlukan penjagaan berterusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLIINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI