fbpx

RUU Berkaitan Sumbangan Politik dipersetujui secara prinsip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik telah dipersetujui secara prinsip oleh Jemaah Menteri seterusnya dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga di Dewan Rakyat Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, persetujuan secara prinsip itu dibuat selepas beliau membentangkan skop dasar bagi RUU tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 September lalu.

“Seterusnya akan menyusul dengan keputusan supaya RUU itu digubal dimana Pengawal Sumbangan Politik dijadikan sebuah entiti bebas bagi mengawal selia sumbangan politik di negara ini.

“Penggubalan RUU itu juga akan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan termasuk parti politik melalui sesi libat urus yang diadakan,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Dr. Wan Junaidi berkata, beliau akan menyusul pandangan Jemaah Menteri agar kerangka perundangan dicadangkan bagi RUU itu dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik untuk diperhalusi sebelum dibentangkan.

“Justeru, RUU terbabit akan cuba dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga,Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat kelak,” jelasnya.

Pada 19 Mei lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bersetuju secara dasar dengan cadangan Pelaksanaan Dasar Penggubalan RUU Sumbangan Politik, namun ia perlu dibincangkan dengan ahli Kabinet sebelum sesi libat urus dengan parti-parti dilaksanakan.

RUU berkenaan dilihat penting kerana sehingga kini tiada undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik selain dapat mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa membabitkan ahli politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI