fbpx

Pemandu van dituduh edar 21.885 kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ezwandy dituduh edar 21.885kg ganja di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 21.885 kilogram (kg) ganja di Pinang Tunggal di sini, awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohamad Ezwandy Mohd. Nasir, 33, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah tersebut di sebuah rumah di Kampung Serukam, Pinang Tunggal kira-kira pukul 4.30 petang, 1 September lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Kosmo! pada 4 September lalu melaporkan tiga sekeluarga ditahan kerana disyaki mengedar dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah
kampung di Pinang Tunggal di
sini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu, polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki dalang pengedaran dadah bersama bapanya berusia 59 tahun dan sepupu lelaki berusia 22 tahun.

Serbuan menemui 21 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 21.9 kg bernilai kira-kira RM52,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI