fbpx

Dua bot ditahan langgar syarat lesen, guna kru warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu bot yang ditahan oleh APMM di Pulau Pasir Hitam, Kuala Kurau semalam.

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau menahan dua bot nelayan tempatan kelas B kerana melanggar syarat lesen dan menggunakan kru warga asing pada sekitar pukul 11.40 pagi di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, mereka ditahan di kedudukan 1.6 dan 1.7 batu nautika barat Pulau Pasir Hitam di sini.

Beliau berkata, semasa melakukan rondaan rutin di perairan Larut Matang, Pasukan Bot Peronda APMM telah mengesan dua bot terbabit yang sedang menangkap ikan dalam keadaan mencurigakan dan pihaknya telah merapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, dua kru warga tempatan dan seorang warga Myanmar mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berusia antara 18 hingga 31 tahun.

“Pemeriksaan lanjut pula mendapati, kedua-dua bot terbabit mempunyai lesen yang sah, namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Mohd. Najhan berkata, tekong salah sebuah bot yang ditahan gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Sebanyak 300 kilogram ikan baja turut ditemui ketika pemeriksaan ke atas kedua-dua bot terbabit. Kesemua nelayan, bot, peralatan menangkap ikan dan ikan baja di bawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI