fbpx

Piala FA: Pencapaian TFC tetap membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tetap berbangga dengan pencapaian Terengganu FC (TFC) biar pun sekadar muncul naib juara Piala FA malam tadi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, skuad Sang Penyu tetap wira di mata rakyat negeri Pantai Timur itu biar pun gagal merangkul piala terbabit.

“Walau apa jua keputusannya, pasukan Terengganu (TFC) tetap wira di jiwa kami dan telah buat yang terbaik dan tahniah.

“Tetap teguh bersama dan Insya-Allah kita bangkit kembali nanti,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Skuad Sang Penyu yang dikemudi pengendali, Mohd. Nafuzi Zain terus kempunan menamatkan kemarau kejuaraan 11 tahun apabila akur tewas 1-3 kepada JDT pada aksi final berkenaan.

Ahmad Samsuri juga mengucapkan penghargaan kepada puluhan ribu penyokong tegar TFC yang turun ke SNBJ untuk memberi sokongan padu pasukan kesayangan mereka itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu menasihatkan mereka berhati-berhati melakukan perjalanan pulang ke negeri berkenaan.

“Selamat kembali ke tempat masing-masing. Tak perlu tergesa-gesa memandangkan hari ini (merupakan) cuti peristiwa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI