fbpx

293 kes baharu, dua lagi kluster dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 293 kes baharu Covid-19 dilaporkan termasuk daripada kluster baharu iaitu Kluster Kau Sing di Tawau (empat) dan Kluster Embun di Hulu Langat (tiga) yang menjadikan jumlah kes positif sebanyak 12,381 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 292 kes adalah penularan tempatan manakala hanya satu kes import melibatkan warga asing dari Bangladesh.

“Kluster Kau Sing membabitkan kes indeks lelaki warga Malaysia berusia 29 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

“Saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam lagi kes positif dikenal pasti. Daripada tujuh kes dikesan positif, lima adalah warga Malaysia dan kesemua yang positif Covid-19 telah dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Bagi Kluster Embun, beliau berkata, kes indeks membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 September.

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan saringan kontak rapat telah dijalankan sekali gus empat lagi kes kesemuanya warga Malaysia dikenal pasti dan telah dimasukkan ke hospital sama,” katanya.

Noor Hisham berkata, lima lagi kluster yang turut menyumbang dalam kes baharu Covid-19 ialah Kluster Tembok dan Kluster Bah Rose di Kedah, Kluster Jalan Meru di Selangor dan Kuala Lumpur serta Kluster Bangau-Bangau dan Kluster Benteng LD di Sabah.

Selain itu, 30 kes tempatan lain turut membabitkan individu yang balik dari Sabah dengan 13 dikesan di Selangor, Johor (enam), Labuan (lima), Negeri Sembilan dan Perak (dua) serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Kelantan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI