PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di lapan negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
“Selain itu, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian)
“Sarawak pula meliputi Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sabah di kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) selain Labuan,” katanya hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE