fbpx

PSM cari titik pendamaian dengan Mastaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Sepak Takraw Malaysia yang berlangsung semalam.

TEKAD hentikan segala kemelut.

Demikian hasrat Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan yang menyatakan kesediaannya untuk ‘berdamai’ dengan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf).

Sumali menegaskan pihaknya sedia membuka pintu besar untuk bergabung menjadi satu, namun dengan syarat Mastaf perlu membentangkan perlembangaannya terlebih dahulu.

“PSM sentiasa mencari ruang untuk memastikan isu melibatkan masalah sukan sepak takraw ini dapat dihentikan. Jadi kita bersetuju untuk bergabung dengan Mastaf jika itulah jalan yang terbaik tetapi mesti kena ada terma dan syaratnya, tak boleh bergabung macam itu sahaja.

“Lagipun, PSM mempunyai 16 ahli gabungan dan saya perlu membawa mereka bersama menyertai Mastaf. Keputusan untuk bekerjasama ini bukan diputuskan oleh saya seorang, kena juga dapatkan pendapat ahli gabungan yang lain.

“Jika kita bergabung sudah pasti ia menjadi kuat kerana mempunyai 21 ahli gabungan kerana Mastaf hanya mempunyai lima ahli gabungan. 

Namun, setakat ini tak ada keputusan yang tuntas atau titik kesamaan lagi, tetapi sedang berusaha ke arah itu. 

“Saya harap PSM dan Mastaf dapat mencari satu titik penyelesaian kerana akhirnya ia melibatkan masa depan sukan sepak takraw itu sendiri, bukan untuk PSM mahupun Mastaf,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Sepak Takraw Malaysia di PWTC semalam.

Ketika ini, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) memberi tempoh tujuh hari kepada PSM untuk menjawab surat kedua berkenaan langkah penyatuan dua badan induk sukan sepak takraw itu.

“Saya dimaklumkan Mastaf sudah memberi maklum balas kepada PJS yang mereka tidak bersetuju dengan syarat dan terma kami berikan. 

“Kalau tanya, saya mengenai apa tindakan selanjutnya, PSM dan Mastaf akan duduk semeja untuk berbincang titik persamaan supaya dapat selesaikan kemelut ini. Kalau tanpa PJS pun tidak ada, yang penting PSM dan Mastaf yang duduk semeja.

“Kita akan ada mesyuarat selepas ini bersama ahli gabungan untuk membincangkan penyatuan ini. Jadi kita akan memperhalusi syarat yang kita akan putuskan nanti. Kita akan menjawab surat kedua tersebut selewat-lewatnya minggu depan,” ujar Sumali.

Dalam pada itu, PSM juga menerima sumbang bernilai RM200,000 daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas usaha badan induk itu memajukan arena sukan sepak takraw yang berusia lebih 60 tahun itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI