fbpx

Ratu Margrethe II kini monarki Eropah paling lama bertakhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Margrethe memerintah Denmark selama 50 tahun selepas menaiki takhta pada 1972. - Danish Royal Household

COPENHAGEN – Kemangkatan Ratu Elizabeth II  secara tidak langsung menjadikan  Ratu Margrethe II dari Denmark sebagai monarki yang paling lama bertakhta di Eropah, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Margarethe, 82, menaiki takhta pada tahun 1972 dan telah menerajui Denmark sebagai Ratu selama 50 tahun.

Selepas Istana Buckingham mengesahkan kematian ketua negara Britain itu kelmarin, Denmark mengumumkan perayaan jubli emas Ratu Margarethe bertakhta  pada hujung minggu ini dan akan disambut dalam suasana sederhana.

Menjadi wanita pertama yang menduduki takhta sebagai ratu di Denmark, Margrethe menaiki takhta pada usia 31 tahun selepas kematian bapanya.

Hanya 45 peratus rakyat Denmark memihak kepada monarki semasa pertabalan baginda tetapi Margrethe mahu membuktikan bahawa mereka silap.

Baginda memecahkan tradisi apabila membenarkan dua anak lelakinya berkahwin dengan rakyat biasa tanpa kehilangan status diraja masing-masing.

Margrethe juga telah berjaya menjauhkan diri daripada skandal dan membantu memodenkan institusi beraja.

Ratu Margrethe juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Elizabeth III iaitu sebagai sepupu ketiga.

Sepupunya dari Sweden, Raja Carl XVI Gustaf, yang telah menjadi raja selama 48 tahun berada di kedudukan kedua sebagai monarki  paling lama bertakhta.

Selepas kematian Ratu Elizabeth II, Margrethe juga merupakan satu-satunya ratu di Eropah yang bertakhta walaupun terdapat empat negara Eropah lain yang mempunyai puteri mahkota.

Dilahirkan di Copenhagen pada tahun 1940, Ratu Margrethe merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Baginda menjadi permaisuri pada zaman di mana wanita dilarang mewarisi takhta di Denmark.

Di bawah tekanan daripada kerajaan Denmark yang  memikirkan keperluan untuk memodenkan masyarakat, undang-undang itu dirombak pada tahun 1953 bagi membolehkan baginda bergelar Ratu. – Agenda

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI