fbpx

Indonesia nafi dokumen rasmi Presiden digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dokumen rasmi berkaitan surat Presiden dari BIN yang didakwa berjaya digodam oleh individu bergelar Bjorka.- Breach Forums

JAKARTA – Jurucakap Badan Perisikan Negara  Indonesia (BIN),  Wawan Hari Purwanto menafikan pembocoran beberapa siri surat kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) seperti yang didakwa seorang penggodam bergelar Bjorka, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia semalam.

Menurut Wawan, dakwaan itu adalah palsu, manakala sistem keselamatan BIN tidak diceroboh seperti yang ditularkan.

“Itu semua dakwaan palsu. Semua dokumen dalam simpanan BIN selamat dan terkawal,” tegas Wawan.

Tambahnya, semua dokumen BIN terutama yang ditujukan kepada Presiden menggunakan banyak lapisan keselamatan.

Malah, semua dokumen itu juga menggunakan kod samaran yang mustahil untuk ditembusi orang luar.

Bukan itu sahaja, Wawan turut memastikan dokumen yang ditujukan kepada Presiden Indonesia tidak dibuat dalam bentuk surat biasa kerana ia dihasilkan menggunakan enkripsi atau kata laluan yang kerap ditukar.

“Jadi, saya jamin dokumen BIN kepada Presiden (Jokowi)  tidak bocor,” katanya.

Terdahulu, penggodam Bjorka mengaku menerima  beberapa surat sulit yang ditujukan kepada Jokowi termasuk daripada  BIN.

Dia mendakwa dokumen itu digodam pada September 2022 dan terdiri daripada 679,180 data dengan kapasiti 40 Megabite (MB) dan 189 MB. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI