fbpx

Kedai kena roboh, simpanan RM20,000 hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD (kanan) dan Shahrom menunjukkan keadaan tapak kedai cuci kereta di Sungai Ara di sini semalam.

GEORGE TOWN – Malang me­nimpa seorang peniaga apabila kehilangan sumber pendapatan selepas perniagaan kedai cuci kereta yang baharu ber­operasi sebulan dirobohkan pihak ber­kuasa Selasa lalu.

Dia yang baharu kehila­ngan anak Muhamad Shazwan Hakim, 22, akibat kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Gelugor di sini pada 17 Julai lalu tertekan dengan kejadian ­berkenaan.

Mohamad Abdul Sani, 43, berkata, dia membuka bisnes baharu itu selepas membuat keputusan menghentikan perniagaan membaiki motosikal yang sudah diusahakannya lebih 20 tahun lalu di Sungai Tiram.

Menurutnya, keputusan itu berikutan kejadian yang me­ngorbankan anak sulung daripada lima beradik itu termasuk anak ketiganya, Muhamad Shazril Haikal, 20 yang maut dalam kemalangan di Kedah April lalu.

“Saya baharu sebulan memulakan perniagaan ini (kedai cuci kereta) dengan menggunakan modal daripada wang simpanan RM20,000. Selasa lalu, kedai saya diroboh tanpa sebarang notis diterima.

“Modal perniagaan pun belum dapat lagi. Pendapatan harian dianggarkan RM150 sehari juga perlu diagihkan juga kepada empat pekerja,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, dia tidak mempertikaikan tindakan pihak berkuasa, namun berharap sebarang keputusan dilakukan dengan perbincangan.

“Dugaan saya bertimpa-timpa. Ingatkan buka bisnes ini dapatlah melepaskan perasaan sedih selepas kehilangan dua anak tetapi lain pula jadinya. Lebih parah kehilangan sumber pendapatan keluarga,” katanya.

Nasib yang sama turut me­nimpa pengusaha Nasi Dalca Tasha Dal Kandar, Shahrom Shah, 55, yang memaklumkan dia berdepan kerugian RM70,000 apabila premis miliknya turut diroboh tanpa sebarang notis.

“Apa daya kami selepas ini, segalanya telah musnah, perniagaan hilang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI