fbpx

Dulu akauntan, kini bergelar tauke emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL MARJAN optimis mampu mencapai jualan RM200 juta tahun ini.

MACHANG – Penat dengan rutin harian sebagai seorang akauntan membuatkan Nurul Marjan Sakinah Harith tekad berhenti kerja dan mengusahakan bersama perniagaan kedai emas milik bapanya, iaitu HM Gold Jewellery.

“Saya bosan sebab pekerjaan sebelum ini bukanlah budaya kerja yang dimahukan. Pada 2016 saya ambil keputusan letak jawatan dan bekerja di kedai emas bapa sebagai jurujual.

“Bila sudah berkahwin barulah tercetus idea untuk memulakan perniagaan emas dalam talian. Pada mulanya saya tak tahu bagaimana nak uruskan dan masih menggunakan akaun bank peribadi untuk melakukan transaksi perniagaan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Nurul Marjan menambah, situasi perniagaannya mula berubah menjadi semakin baik selepas menyertai program RichWorks pada 2019, sehingga mereka mampu membuka cawangan fizikal kedua pada 2020.

“Seterusnya pada 2021, kami berjaya membina wisma dan kedai online, sebelum membuka cawangan fizikal ketiga pada Oktober tahun yang sama,” ujarnya yang turut belajar menjadi lebih positif dan berdisiplin selain membentuk hubungan lebih baik bersama staf serta ejen.

Bagi terus mempromosikan perniagaan, beliau juga tidak berhenti daripada membuat Live dan menghasilkan kandungan menarik di media sosial.

“Perniagaan dalam talian membantu pemasaran, membuatkan orang ramai terutamanya rakyat Kelantan menyerbu kedai untuk melihat sendiri dan terus membeli barang kemas yang diingini,” tambahnya.

Berjaya mencapai jualan sehingga RM104 juta pada tahun lalu, Nurul Marjan menyasarkan jualan sehingga RM200 juta tahun ini.

Mahu barang kemas yang lebih mewah dan berkualiti, layari Facebook Harith Gold Jewellery.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI