fbpx

Ibu muda dipancung di hadapan anak oleh kekasih sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLANO (kiri) merupakan suspek kepada pembunuhan Castro. – abc7chicago

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mati akibat dipancung di hadapan anak-anaknya dalam insiden mengerikan pada Khamis lalu, lapor akhbar Daily Star. 

Kejadian berlaku pada waktu siang dekat San Carlos, California. 

Menurut media tempatan, dua kanak-kanak masing-masing berumur satu dan tujuh tahun yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mereka ‘mahukan ibu mereka’ selepas kepala mangsa dipenggal dalam serangan kejam itu. 

Seorang suspek, Jose Landaeta Solano, 33, telah ditahan oleh polis California selepas dia kembali ke lokasi tersebut. 

Solano dan mangsa, Karina Castro, 27, mempunyai hubungan percintaan sebelum kejadian itu. 

Menurut pihak berkuasa, terdapat sejarah aduan dan keganasan rumah tangga antara pasangan kekasih tersebut. 

Menurut saluran berita NBC News, Solano mempunyai sejarah lampau yang berlanjutan dan ganas selain rekod penyakit mental. 

Suspek dikenakan perintah menjauhi ibu dua anak itu pada April lalu sebelum mangsa dibunuh. Polis dimaklumkan mengenai kejadian keganasan rumah tangga kira-kira pukul 11.50 pagi (waktu tempatan), manakala kepala wanita itu dipenggal tidak lama selepas itu, pada pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan). 

Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak telah mengambil kedua-dua anak mangsa. Seekor anjing dan dua ekor kucing turut dibawa dari rumah yang dikongsi oleh pasangan itu.

Pejabat Syerif Daerah San Mateo sedang menyiasat kejadian itu dan cuba mengesan senjata yang digunakan untuk membunuh wanita itu, dipercayai adalah sebilah pedang samurai. 

“Kepala mangsa berada di bawah kereta dan badannya terbaring di belakang kenderaan itu. Orang awam menutupnya. 

“Ia adalah mengejutkan. Ini adalah kawasan kejiranan yang baik,” kata jiran mangsa, Chapele Thorborne kepada portal berita ABC News. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI