fbpx

Loji nuklear Ukraine aktif mod kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bedilan ke atas loji ini menyebabkan talian kuasa ke grid tersebut terputus dan mengaktifkan janaan kuasa dalaman . - IAEA

KIEV – Loji janakuasa nuklear terbesar Eropah, Zaporizhzhia kini beroperasi dalam mod kecemasan yang berisiko tinggi, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh pengendali tenaga nuklear  Ukraine.

Loji  Zaporizhzhia yang dijana oleh enam reaktor nuklear, berada di bawah kawalan tentera Rusia sejak awal perang tercetus tetapi dikendalikan oleh kakitangan warga Ukraine.

Fasiliti nuklear berkenaan  dan kawasan sekitarnya telah berulang kali dibedil oleh askar kedua-dua negara sekali gus  menimbulkan kebimbangan bencana nuklear yang menimpa loji Chernobyl akan berulang.

Russia dan Ukraine saling menyalahkan antara satu sama lain atas serangan tersebut.

Talian kuasa terakhir yang menghubungkan loji itu ke grid elektrik Ukraine telah dipotong pada Isnin lalu. Ia menyebabkan  loji nuklear itu terputus bekalan elektrik.

Ia kini menggunakan kuasa untuk sistem keselamatannya daripada sebuah reaktor yang masih beroperasi.

Pengendali nuklear Ukraine,  Energoatom berkata, kerja baik pulih pada talian elektrik luar adalah mustahil kerana tembakan dan operasi ketenteraan yang mengancam nyawa petugas di samping risiko melanggar piawaian sinaran dan keselamatan kebakaran.

‘Hanya pengunduran askar Russia dari loji dan kewujudan zon keselamatan di sekitarnya  dapat menormalkan semula situasi di Zaporizhzhia.

“Jika perkara itu berlaku, barulah dunia boleh menghembus nafas lega,” Ketua Energoatom, Petro Kotin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI