fbpx

Hanya 2 peratus OKU berdaftar di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Bilangan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar di seluruh negara dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat akhir bulan lalu cuma merekodkan sebanyak 2.05 peratus.

Angka itu menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun, adalah amat kecil berbanding anggaran jumlah 4.8 juta OKU di Malaysia.

“Sehingga 31 Ogos lalu, hanya sejumlah 619,273 OKU telah pun berdaftar dengan JKM dan ia sebenarnya amat kecil kerana mungkin masih ada yang berasa malu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Autisme Berkefungsian Tinggi (HFA) Cyberjaya bersempena Program Sentuhan Kasih OKU Prihatin Rakyat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rina bagaimanapun berkata, angka kali ini ada peningkatan sedikit daripada cuma sekitar 580,000 OKU yang direkodkan oleh agensi berkenaan pada akhir tahun lepas.

“Justeru, kita (kementerian) akan meningkatkan kempen kesedaran kerana golongan ini boleh berbuat demikian (mendaftar) secara online menerusi modul yang dikenali sebagai MyDaftar OKU,” katanya.

Ujar beliau, sistem MyDafrar OKU sudah dilaksanakan mulai 1 November tahun lepas bagi memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan penyampaian Kad OKU dengan ada kategori yang jelas.

Meskipun Akta OKU 2008 jelasnya, tidak ada mewajibkan pendaftaran dan cuma bersifat sukarela, namun ia amat disarankan kerana mereka akan menikmati lebih 30 jenis keistimewaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI