AMBOI pandai betul pelakon kacak berjambang yang gagah perkasa siapa lagi kalau bukan hero kita, Sharnaaz Ahmad memilih ‘bunga’ penyeri taman hatinya yang kekosongan. Dengarnya dengan seorang pramugari cantik!
Tetapi betul ke Sharnaaz Ahmad sudah bertemu cinta baharu?
Sejak tular dakwaan Sharnaaz menjalin hubungan cinta dengan seorang pramugari, pelbagai andaian dicetuskan umum.
Ada yang teruja kerana pelakon filem itu akhirnya bertemu cinta hati baharu dan pengganti untuk mengisi kekosongan hati.
Rupa-rupanya ramai yang tidak sabar menanti berita baik daripadanya terutama berkaitan pasangan hidup.
Mungkin terlalu ramai yang mengasak soalan sama, bekas suami Noor Nabila itu menjelaskan hubungannya dengan pramugari bernama Diyya Eqa itu tidak lebih sekadar seorang peminat dan artis.
Nampaknya impian ramai untuk melihat Sharnaaz bergelar suami masih lambat lagi tercapai.
Sama-samalah doakan dia akan bertemu jodoh dengan wanita yang sesuai kelak.
Untuk netizen yang baru nak patah hati memikirkan hero pujaan sudah dimiliki, nampaknya kalian boleh berhenti termenung, mana tahu masih ada peluang.
Tapi kalau betul Sharnaaz dah jumpa jodoh, kita doakan sahaja yang baik-baik moga selamat naik pelami
DIVA: Siapa artis yang akan membawa pulang trofi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) malam ini ya?