fbpx

Kertas siasatan kes pelakon remaja diserang seksual hampir lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUBANG JAYA – Kertas siasatan polis berkenaan seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya menerusi pendedahan dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube hampir lengkap.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis juga sudah merakam keterangan terhadap saksi terlibat.

Katanya, daripada Bros Gang hanya seorang individu sahaja dirakam bersama pegawai perubatan itu pada 7 September lepas.

“Antara saksi yang terlibat adalah mangsa dan ibunya, pegawai perubatan dan individu daripada Bros Gang TV yang menemu bual mangsa.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun menerusi satu temubual di YouTube ‘Bros Gang TV’ membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa bapa kandungnya suka menonton filem lucah dan melakukan serangan seksual terhadapnya.

Susulan pendedahan itu, pada 5 September lalu, bapa kepada remaja terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah.

Pada 6 September pula, pelakon tersebut pula membuat laporan polis dan polis kemudiannya membuat tangkapan ke atas bapa kandung mangsa yang berusia 43 tahun di rumahnya di Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI