fbpx

KKM naik taraf hospital di Tawau, Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (dua dari kiri) ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah ANMS-SMJ yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan (KKM) bakal menaik taraf perkhidmatan kepakaran Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi memastikan dua fasiliti kesihatan itu setaraf dengan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, inisiatif tersebut merupakan satu daripada perancangan atau kangkah diambil kerajaan Persekutuan dan negeri dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

“Naik taraf ini dijangka mengambil masa lapan sehingga 10 tahun. Selain itu, kementerian juga akan menaik taraf beberapa hospital lain supaya perkhidmatan kepakaran dapat ditambah di semua hospital terbabit.

“Hospital Queen Elizabeth ll (HQEll) ditambah kepakaran agar dapat mengurangkan tekanan kepada HQE.

“Kita juga kenal pasti Hospital Keningau dan Hospital Lahad Datu untuk dinaik taraf menjadi hospital pakar major selain Hospital Kota Marudu, Hospital Tuaran dan Hospital Beaufort yang kini ini tidak mempunyai kepakaran untuk dinaik taraf sebagai hospital pakar minor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jelajah ANMS-SMJ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Tambahnya, kementerian juga mahu semua rakyat Sabah mendapat perkhidmatan terbaik termasuk di peringkat pakar.

“Untuk mendapatkan rawatan peringkat pakar, kita tahu rakyat sabah kena datang jauh ke Kota Kinabalu, ada juga yang kena pergi Kuala Lumpur dan sebagainya. Sebab itu lebih baik kita bawa kepakaran itu ke kawasan-kawasan yang tidak ada kepakaran.

“Ia bukan sahaja penambahbaikan perkhidmatan kesihatan di Sabah, malah mampu mempromosikan langkah pencegahan dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS),” katanya.

Pelancaran itu disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Khairy memaklumkan, pihaknya sudah mengenal pasti sebanyak 326 klinik di seluruh Sabah yang memerlukan pembaikan dan naik taraf.

Menerusi jumlah itu, sebanyak 287 klinik yang dibina daripada kayu yang ketika ini sudah tidak selamat diduduki serta daif manakala 39 klinik lagi memerlukan baik pulih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI