fbpx

Perkasakan pendidikan negara ikut peredaran zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah mengurniakan anugerah Prof. Emeritus kepada bekas Pengarah dan Pengasas Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) UiTM, Dr. Normah Omar, hari ini.

SHAH ALAM – Pendidikan perlu dijadikan sebagai agenda utama negara yang wajib diperkasakan sesuai mengikut peredaran masa dan zaman.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pembangunan dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa sentiasa dihubungkait dan dibatasi dengan tahap penguasaan ilmu dan pendidikan dalam kalangan masyarakat.

Titah baginda, para mahasiswa dan generasi muda hendaklah dibekalkan dengan ilmu dan pendidikan untuk menghadapi ketidaktentuan masa depan.

“Mereka hendaklah mahir dengan penggunaan teknologi terkini bukan sekadar digunakan untuk bersosial tetapi untuk membuka ruang dan mencipta masa hadapan yang gemilang buat negara dan diri sendiri.

“Ilmu yang diraih akan membolehkan anak muda mengenali antara kebaikan dan kemungkaran selain mencipta kesejahteraan sejagat,” titah baginda pada istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 pada sidang pertama di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di sini hari ini.

Turut berangkat hadir, Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Al-Sultan Abdullah menegaskan dalam membina sebuah negara progresif, anak muda negara juga perlu dihindarkan dari pemikiran regresif.

Justeru, baginda yakin apabila lebih ramai rakyat Malaysia yang dilengkapi dengan ilmu pengetahun dan pendidikan akan menjadikan kita lebih bijaksana dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah yang merupakan Canselor UiTM bertitah supaya UiTM terus dikenali sebagai gedung ilmu melahirkan para cendekiawan yang sering berusaha untuk meningkatkan reputasi negara di persada antarabangsa menerusi penghasilan karya dan reka cipta.

“Biarlah orang mengenal UiTM kerana sifat graduannya yang beradab sopan, berdisiplin, amanah,rajin dan menyantuni setiap warga dunia atas kesarjanaan ilmu dan etika.

“Semoga UiTM bakal menjadi sebuah institusi pembelajaran dan penyelidikan yang tersohor dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2025 sebagaimana yang dihasratkan,” titah baginda.

Seramai 23,359 graduan terlibat dalam istiadat konvokesyen bermula hari ini selama sehingga 29 September depan di Kampus induk UiTM Shah Alam dan kampus cawangan Sarawak serta Sabah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI