fbpx

Google ‘silap berfungsi’ AS$1 kepada RM4.72, undang keresahan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nilai yang ditunjukkan Google

PETALING JAYA – Terkejut dengan penurunan mendadak kadar pertukaran mata wang negara apabila laman web Google ‘silap berfungsi’ menyenaraikan AS$1 bersamaan RM4.72 sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.

Perkara ini dikongsikan orang ramai di Twitter melalui tangkap layar yang diambil melalui laman web tersebut diikuti menyatakan kerisauan mereka terhadap nilai ringgit yang dipercayai susut mendadak ketika itu.

Tinjauan Kosmo! di laman web tersebut, kenaikan mendadak itu tidak disenaraikan dan laman tersebut dan telah diselenggara semula meletakkan AS$1 bersamaan RM4.50 ketika ini.

Sehubungan itu, orang ramai menyatakan kerisauan mereka melihat kejatuhan wang ringgit yang tidak stabil akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

“Google sedang menghadapi ‘masalah fungsi’, sebelum ini ringgit diletakkan kepada RM4.19 bersamaan AS$1,” kata Zackerthescar.

“Perlu bersiap minyak RON95 naik RM4 seliter,” kata Slimshaddy.

“Hampir RM5, apa sudah jadi ni?,” tanya Frzanana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI