fbpx

Sang Penyu sedia tamatkan kemarau trofi – Nafuzi Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI (dua dari kanan) dan Tchetche (kanan) bersama pengendali JDT, Hector Bidoglio (dua dari kiri) serta Farizal Marlias bergambar dengan Piala FA pada sidang di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain lebih selesa untuk tampil tanpa sebarang tekanan pada aksi final Piala FA bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) meskipun berdepan tugas getir dalam menamatkan kemarau 11 tahun tanpa trofi yang diharungi pasukan ketika ini.

Kata Nafuzi, barisan pemain sudah biasa dengan pertemuan dengan kelab gergasi meman­dangkan sebelum mara ke pentas final, skuad Sang Penyu sudah bertemu dengan beberapa pasukan terbaik Liga Malaysia (Liga M).

“Mengenai tekanan, saya rasa pasukan tidak tertekan kerana matlamat awal adalah untuk mara ke pentas final dan kami berjaya dilakukan.

Justeru, saya anggap pasukan kekal tenang kerana perjalanan sebelum mengharungi aksi akhir adalah sukar kerana kita bertemu Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

“Cuma, perlawanan nanti adalah untuk perebutan trofi sahaja. Saya optimis barisan pemain sudab melakukan persedian daripada segi mental dan fizikal untuk berikan yang terbaik,” katanya pada sidang media di Bukit Jalil semalam.

Sebagai rekod, kali terakhir TFC memenangi trofi adalah ketika menjulang trofi Piala FA pada edisi 2011.

Mengulas lanjut, Nafuzi mengakui ada misi peribadi untuk membantu pasukan menjulang Piala FA, sekali gus mengulangi pencapaian ketika bergelar pemain sewaktu menang bersama TFC pada edisi 2000 dan Kedah (2007).

“Setiap jurulatih sudah perlu trofi diperlukan untuk buktikan keupayaan anda sebagai antara yang terbaik. Malah jika berjaya, kejayaan ini pasti lebih manis berbanding ketika menjadi pemain profesional,” katanya.

Sementara itu, kapten TFC, Kipre Tchetche meluahkan keyakinan untuk merobek benteng ampuh skuad Harimau Selatan, selain menyeru rakan-rakan sepasukan tidak gentar dengan status pasukan lawan selaku pilihan utama.

“Apa yang boleh saya katakan JDT memiliki barisan pertahanan yang baik kerana tidak melepaskan banyak gol, tapi ini adalah aksi final dan peluang kedua-dua pasukan seimbang.

“Justeru, siapa sahaja yang dapat peluang perlu mempamerkan penyudah tajam sekiranya berhasrat untuk membantu pa­sukan melakar kemenangan,” kata pemain import berusia 34 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI