fbpx

Segera bina benteng pemecah ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANAFIAH menunjukkan sebuah rumah yang rosak akibat hakisan di Kampung Geliga Baru, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu merayu agar Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) segera meluluskan projek pembinaan benteng pemecah ombak di Kampung Geliga Baru, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, projek itu penting bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai yang sudah berlarutan di perkampungan itu sejak lima tahun lalu.

“Semakin banyak rumah penduduk musnah dibadai ombak dan sekurang-kurangnya 20 lagi kediaman berisiko terjejas dalam masa terdekat jika jalan penyelesaian tidak diambil segera.

“Saya sudah hantar permohonan kepada KASA agar benteng pemecah ombak itu dibina segera,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Hanafiah percaya kos pembinaan benteng pemecah ombak itu tidak menelan belanja yang besar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, kemusnahan yang lebih besar termasuk kerosakan insfrastruktrur kerajaan seperti tabika mungkin berlaku sekiranya masalah hakisan pantai itu terus dibiarkan.

“Buat masa ini, Kerajaan Ne­geri Terengganu terpaksa ambil inisiatif memindahkan seba­hagian penduduk terjejas ke Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Paya ­Berenjut, di sini.

“Setakat ini, ia (pemindahan penduduk) melibatkan lebih 10 keluarga penduduk asal Kampung Geliga Baru,” katanya.

SURIATI (kanan) menunjukkan dapur rumahnya yang ditimbuni pasir akibat hakisan pantai di Kampung Geliga Baru, Kemaman semalam.

Sementara itu, salah seorang penduduk terlibat, Suriati Ariffin, 44, berkata, dia akur terpaksa berpindah dari rumah yang telah diduduki lebih 20 tahun lalu.

Dia berkata, rumah mereka ini tidak lagi selamat dihuni apatah lagi sebahagian besar bahagian dapur sudah ditenggelami pasir.

“Saya dan suami, Razman Abd. Ghani, 45, lega ditawarkan perumahan baru. Ikutkan memang kami dan empat anak risau tentang keselamatan terutama pada musim tengkujuh.

“Hendak menyewa atau membeli rumah baharu kami tidak mampu kerana pendapatan suami sebagai pekerja pembersihan pihak berkuasa tempatan cuma cukup-cukup makan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI