fbpx

Pesara kerajaan rugi RM10,400 ditipu Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang pesara kerajaan rugi RM10,400 selepas ditipu individu wanita yang kononnya mahu membantu membeli mesin mencuci buah pinggang dalam kejadian di sini pertengahan bulan lepas.

Sebelum itu, mangsa yang berusia 60-an bersama anaknya telah memuat naik status di dalam media sosial untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi membeli sebuah mesin mencuci buah pinggang dan membiayai kos rawatannya mencecah RM100,000 dua bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, pada pertengahan bulan lalu, mangsa telah berkenalan dengan seorang wanita melalui Facebook kononnya berasal dari England dan kini menetap di Amerika Syarikat.

“Wanita tersebut mendakwa bekerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa terkenal selain menyatakan sudi memberi sumbangan wang kepada mangsa.

“Pada 21 September lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah bank tempatan di ibu negara menyatakan ingin membuat pengesahan berkaitan transaksi pindahan wang oleh kenalan wanita itu dari sebuah bank luar negara ke akaun bank milik mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa telah diminta untuk membuat bayaran kos pertukaran mata wang dolar US ke Ringgit Malaysia. Transaksi itu dilakukan ke satu akaun bank tempatan milik seorang individu pihak ketiga yang juga merupakan ejen bank luar negara tersebut di negara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah membuat beberapa kali bayaran berjumlah RM10,400 ke akaun bank yang diberikan suspek dan hanya tersedar ditipu setelah suspek masih lagi meminta bayaran dibuat.

Katanya,mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI