fbpx

Lelaki jatuh bangunan selepas disahkan hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Sri Petaling di sini kelmarin selepas disahkan menghidap kanser usus tahap tiga.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun itu berada seorang diri di rumahnya sebelum dilaporkan terjatuh.

Katanya, ketika kejadian isteri mangsa baru tiba di rumah sebelum ternampak suaminya berada di luar tingkap dengan menghadap ke arah luar.

“Bagaimanapun, selepas isterinya sampai di rumah, mangsa telah terjatuh. Mangsa juga pernah cuba menggantung diri pada Julai lalu kerana merasakan dirinya tidak berguna.

“Pihak forensik bersama pegawai penyiasat serta ketua polis balai telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berkaitan kes itu dan sebarang maklumat boleh disalurkan di talian 03-229 79222. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI