fbpx

Laman Warisan Kampung Laut bawa limpahan rezeki kepada penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) dan Ahmad (kanan) semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

TUMPAT – Pengiktirafan Masjid Kampung Laut sebagai Monumen Warisan Kebangsaan dan mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberi limpahan manfaat kepada penduduk tempatan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, selain pemindahan masjid tersebut ke tapak asalnya, dua kompleks komersial turut dibangunkan iaitu Laman Warisan Seni dan Laman Warisan Serunding.

Menurutnya, pembangunan dua kompleks berkenaan telah membuka peluang kepada usahawan serunding dan kraftangan tempatan yang kebanyakannya berniaga di rumah sebelum ini.

“Penempatan usahawan serunding di sebuah kompleks khusus yang kondusif serta menarik memberi impak positif dalam pemasaran produk kepada pelancong tempatan dan asing.

“Saya menghargai inisiatif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk menempatkan usahawan kraftangan yang mewakili seni kraftangan utama di Kelantan seperti batik dan wau di Laman Warisan Seni,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan berkata, inisiatif ECERDC itu akan menyemarakkan lagi industri seni, budaya dan warisan Kelantan.

Katanya, ia menjadikan Kampung Laut sebagai muzium hidup yang mempamerkan gaya hidup dan seni budaya penduduk setempat.

“Saya gembira kerana idea yang dicetuskan kerajaan negeri untuk memindahkan Masjid Kampung Laut ke lokasi asalnya telah menjadi kenyataan. Saya mewakili kerajaan dan rakyat negeri ini ingin menzahirkan rasa terima kasih kami kepada Kerajaan Persekutuan dan ECERDC,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI