fbpx

Pinjaman berkadar tetap tidak terjejas ekoran kenaikan OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenaikan OPR buat kali ketiga tahun ini membimbangkan peminjam. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Setiap kali pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia akan menimbulkan banyak keraguan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia lantas ada yang membuat kiraan sendiri terhadap jumlah pinjaman bank masing-masing.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan yang dipetik daripada soalan lazim tentang dasar monetari menjelaskan bahawa, pinjaman individu itu bergantung kepada jenis pembiayaan yang diambil, sekiranya pinjaman berkadar tetap, ia tidak akan terjejas.

“Jumlah yang anda bayar balik kepada bank akan kekal sama, lazimnya kadar ini digunakan untuk pinjaman kereta.

“Jika anda mempunyai pinjaman berkadar terapung, kos peminjaman akan meningkat, ini bermakna bayaran ansuran bulanan anda akan menjadi lebih tinggi.

“ Lazimnya, kenaikan kadar ini akan memberikan kesan pada pinjaman perumahan dan sesetengah pinjaman peribadi,” katanya.

Jelas  bank pusat, bagi peminjam individu pula, kadar faedah pinjaman akan meningkat pada jumlah yang sama seperti kenaikan OPR. 

“Contohnya, jika OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas, kadar faedah bagi pinjaman perumahan anda juga akan meningkat kepada 3.75 peratus  sekiranya kadar sebelum ini adalah 3.50 peratus.

“Ansuran pinjaman anda akan meningkat seiring dengan kadar faedah yang lebih tinggi dan bank anda akan memaklumkan kepada anda dengan sewajarnya.

“Makluman itu juga akan menggariskan dengan jelas tentang kadar faedah terkini, jumlah bayaran balik baharu serta tarikh kuat kuasa supaya anda boleh membuat persediaan sewajarnya,” jelasnya.

Selain itu, BNM mengingatkan bahawa, sekiranya ada individu bercadang untuk mengambil pinjaman baharu, mereka perlu arif tentang kos pinjaman boleh menjadi lebih mahal sekiranya kadar faedah lebih tinggi.

Sehubungan itu, individu ituperlu memahami bagaimana perubahan kadar faedah boleh mempengaruhi keupayaan untuk membayar balik pinjaman.  -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI