fbpx

Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan bayi kembar ini kini berusia 16 bulan dan turut dijaga oleh bapa masing-masing dan ibu mereka. – Newsflash

BRASILIA – Seorang remaja di  Brazil dilaporkan melahirkan sepasang bayi kembar berlainan bapa selepas dia mengadakan hubungan intim bersama dua lelaki berbeza pada hari yang sama, lapor portal berita MailOnline semalam.

Remaja berusia 19 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu menjelaskan bahawa dia melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada lelaki yang disangka merupakan bapa kepada pasangan kembar tersebut.

Bagaimanapun, hasil ujian mendapati ia positif hanya untuk salah seorang bayinya.

Remaja itu kemudian mengingati bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki berbeza pada hari yang sama. Selepas lelaki kedua menjalani ujian DNA, dia disahkan sebagai bapa kepada bayi kedua.

Keadaan itu dikenali sebagai heteroparental superfecundation.

Menurut doktor yang merawat remaja berkenaan, Tulio Jorge Franco, kejadian seumpama itu sememangnya boleh terjadi, di mana dua telur daripada seorang ibu disenyawakan oleh dua lelaki berbeza.

“Kedua-dua bayi berkongsi bahan genetik ibu, namun membesar dalam plasenta berbeza,” jelasnya.

Jelas Franco, kes tersebut amat jarang berlaku manakala kebarangkaliannya adalah satu dalam sejuta.Hanya 20 kes seumpama itu didakwa berlaku di seluruh dunia. 

Dalam pada itu, pasangan bayi kembar tersebut dilaporkan kini berusia 16 bulan serta kedua-dua lelaki berkenaan turut membantu remaja tersebut menjaga anak-anak mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI