KUALA LUMPUR – Selebriti serba boleh, Zizan Razak mengesahkan neneknya, Zainoon Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.57 pagi tadi.
Berita tersebut dimaklumkan memenerusi satu hantaran dalam Instagramnya sebentar tadi.
Bagaimanapun, pelawak terkenal itu tidak memberitahu punca kematian neneknya yang berusia lebih 80 tahun itu.
“Al-Fatihah kepada Zainoon Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.57 pagi tadi.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman serta dipermudahkan segalanya,” katanya.
Sementara itu, menerusi Instagram Story yang dimuat naik semalam, pemilik nama Muhammad Razizan Abdul Razak, 36, itu, dia baru sahaja menziarahi neneknya di sebuah hospital di Terengganu.
Malah, pada pukul 2 pagi tadi, Zizah dilihat dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.
Terdahulu, Zizan pernah memberitahu emosinya turut terganggu sejak Allahyarham jatuh sakit beberapa bulan lalu.