fbpx

Pelajar didakwa memandu bawah pengaruh alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, G. Darvin Raj dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol serta menyebabkan kematian kepada dua wanita 30 Julai lalu.

Oleh NUR ALINA HASSAN

TANGKAK- Seorang pelajar tingkatan lima dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian ke atas dua remaja perempuan, Julai lalu.

Tertuduh, G. Darvin Raj, 18, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin.

Terdahulu, tertuduh yang masih bersekolah di tingkatan lima berdepan hukuman di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan dua kematian pada 30 Julai, di Jalan Sialang di sini.

Manakala bagi pertuduhan kedua, pelajar itu didakwa mengikut Seksyen 44(1) APJ 1987, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Tangkak kerana memandu dengan kadar alkohol dalam air kencing melebihi kadar yang dibenarkan.

Penolong Pendaftar Tangkak, Nor’iza Mohamed kemudiannya memerintahkan tertuduh untuk diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang sebelum ini dibebaskan turut diwakili peguambela, Paul Krishnaraja.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 November depan sebagai tarikh semula sebutan kes.

Terdahulu, media melaporkan dua saudara maut pada malam hari raya Aidiladha selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian di Jalan Sialang, di sini.

Kejadian pada pukul 6.20 petang meragut nyawa penunggang, Nur Syaza Nadihra Md. Selan, 22 dan pembonceng, Siti Nur Syahira Yazid, 19.

Manakala pemandu yang merupakan tertuduh serta tiga lagi penumpang kereta Proton Persona berusia 20-an terselamat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI