fbpx

Selamat menyambut Onam kepada masyarakat Malayalee – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada seluruh masyarakat Malayalee di Malaysia.

Ismail Sabri menerusi perkongsian di laman Facebook berkata, Perayaan Onam disambut bersempena pesta menuai yang diraikan secara besar-besaran pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai ‘Chingam’.

“Selamat menyambut perayaan Onam kepada seluruh masyarakat Malayalee di Malaysia.

“Perayaan ini diharap akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada semua masyarakat Malayalee di Malaysia,” ujar beliau.

Tambah Perdana Menteri, keharmonian dan kesejahteraan Keluarga Malaysia diharapkan terus utuh dengan kepelbagaian perayaan yang dirai di negara ini.

Perayaan Onam merupakan tradisi yang disambut oleh penduduk di negeri Kerala, bahagian selatan India bagi meraikan maharaja legenda (Bali Chakravarthi atau Mahabali) yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang banyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI