fbpx

Mahkamah: Lelaki Indonesia tidak mengaku salah pandu berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang pegawai imigresen di KM83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun pada Ahad lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang pegawai imigresen pada 4 September lalu.

Tertuduh, Nur Holis, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, M. Kalaiarasi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian mangsa, Muhammad Nizam Shamsudin, 46.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kilometer 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara kira-kira pukul 9.30 pagi, 4 September lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Priya sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Kosmo! pada 4 Julai lalu melaporkan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) maut manakala rakan setugasnya patah kaki selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mereka dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kilometer 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Gurun di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Nizam Samsudin, 46, yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Imigresen di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI