fbpx

Lelaki parah insiden letupan bom ikan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa kejadian letupan bom ikan di Hutan Lipur Lata Kekabu, Lenggong pada Isnin lalu meninggal dunia awal pagi tadi.

IPOH – Lelaki yang parah dalam kejadian letupan bom ikan di Hutan Lipur Lata Kekabu di Lenggong Isnin lalu disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hasan Basri berkata, mangsa, Azlan Ali, 40, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.20 pagi.

“Mangsa meninggal dunia awal pagi tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, mangsa, Amirudin Khairudin, 44, maut di tempat kejadian manakala Azlan yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Taiping.

Kejadian menimpa kedua-dua mangsa itu dipercayai akibat terkena bahan letupan ketika menghasilkan bom ikan.

Mangsa dipercayai menghasilkan sendiri bom tersebut berikutan penemuan peralatan dan mercun bola di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI