fbpx

Remaja mati lemas di Air Terjun Puncak Janing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat remaja lelaki yang lemas ketika mandi di Air Terjun Puncak Janing dibawa keluar dari kawasan rekreasi itu tengah hari tadi.

KUALA NERANG – Seorang remaja lelaki ditemui mati selepas mandi bersama lapan rakannya di Air Terjun Puncak Janing di sini, hari ini.

Mangsa, Ahmad Apnan Mohd. Rais, 17, dikatakan sempat menjerit meminta tolong sebelum tenggelam dan hilang di kawasan air terjun tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Lima anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operaai mencari dan menyelamat.

“Anggota menggunakan kaedah ‘gripping iron’ dan menemui mangsa pada pukul 1.12 tengah hari sebelum dinaikkan ke darat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika hujan renyai.

“Menurut saksi, mangsa sempat menjerit meminta tolong sebelum tenggelam. Siasatan mendapati, tiada unsur-unsur jenayah dengan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI