fbpx

Empat remaja buli warga emas direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas di Banggol Pauh, Bekelam dekat Bachok Rabu lalu direman selama tiga hari tiba di Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini. - Foto TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas di Banggol Pauh, Bekelam dekat Bachok Rabu lalu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Selasa depan terhadap keempat-empat suspek berusia 15 hingga 18 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor.

Kesemua remaja itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini hari ini pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki van polis.

Mereka kelihatan sugul selepas mahkamah menetapkan tahanan reman terhadap mereka.

Artikel berkaitan : Lapor polis kes remaja buli warga emas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI