fbpx

3 PATI, 1 tekong ditahan dalam Ops Benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga PATI dan seorang tekong warga tempatan ditahan dalam Ops Benteng di Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil, Johor awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan seorang tekong warga tempatan ditahan dalam  Ops Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, Pasukan Tindak Cepat (QRF) melihat sebuah kenderaan Toyota Hilux mencurigakan diletakkan di bahu jalan sekitar jam 12 malam semasa sedang membuat rondaan.

“Hasil soal siasat mendapati pemandu tersebut yang merupakan warga tempatan berbangsa Cina berusia 32 tahun sedang menunggu PATI di lokasi berhampiran. Anggota QRF bertindak mengarahkan pemandu tersebut menunjukkan lokasi berkenaan.

“Setelah penjejakan dibuat, seramai tiga warga Indonesia berusia sekitar 31 hingga 57 tahun ditahan di lokasi Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil sekitar pukul 12.30 awal pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah rampasan dianggarkan bernilai keseluruhan RM 73,750.56 melibatkan kenderaan jenis Toyota Hilux, telefon bimbit dan wang tunai.

Kesemua PATI seterusnya ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen.

Menurut kenyataan, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sedili. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI