fbpx

Calon SPM hilang separuh ingatan akibat langgar gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danish hanya mampu terbaring selepas melanggar seekor gajah ketika ditemui di rumah keluarganya di Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Seorang calon pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini hidup menderita selepas terlibat kemalangan apabila motosikal yang ditungganginya melanggar seekor gajah melintas jalan di Jalan Kluang-Kota Tinggi berhampiran Taman Seri Impian ke Bulatan Mardi di sini pada 4 Ogos lalu.

Daripada seorang yang ceria dan pelajar harapan sekolah, Muhammad Danish Saedin, 17, kini hanya mampu terlantar dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.

Bapanya, Saedin Sadoon, 47, berkata, harapan anak kedua daripada empat beradik itu untuk menduduki peperiksaan SPM juga masih samar kerana separuh daripada ingatannya telah hilang.

Katanya, orang yang boleh dikenali anaknya itu hanya ahli keluarga terdekat selain beberapa orang rakan yang sering bersamanya sebelum ini.

“Dia sekarang hanya mampu minum susu khas menggunakan tiub khas kerana turut me­ngalami kecederaan pada tulang rahangnya.

“Danish juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang dewasa serta berkomunikasi dengan cara bahasa isyarat atau menulisnya, selain tidak boleh bercakap dan hanya mampu memahami serta mendengar percakapan orang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Saedin yang bekerja sebagai pekebun sayur merayu orang ramai membantunya menyediakan keperluan lampin pakai buang serta susu khas untuk anaknya itu.

“Sehari anak saya memerlukan antara tiga hingga empat keping lampin, manakala susu khas bernilai kira-kira RM85 satu tin yang hanya mampu bertahan selama dua atau tiga hari

“Setakat ini saya hanya memohon bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Johor,” ujarnya.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Saedin di talian 018-7716 007 atau nombor akaunnya 151388080798 (Maybank).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI