fbpx

Latihan ketenteraan BTS, jadi atau tidak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

NAMPAKNYA isu sama ada anggota kumpulan K-pop ternama iaitu BTS dikecualikan menjalani latihan ketenteraan ataupun tidak kembali hangat dibincangkan di Korea Selatan ketika ini.

Hal ini kerana anggota paling tua dalam BTS iaitu Jin akan mencecah usia 30 tahun pada Disember depan.

Justeru, dia sepatutnya disenaraikan kerajaan untuk mendaftar memasuki kem tentera dalam masa terdekat.

Di sebalik kekecohan yang berlaku, ramai juga peminat tegar menyokong agar kumpulan itu dikecualikan menjalani latihan ketenteraan wajib memandangkan sumbangan serta jasa besar mereka dalam industri muzik dan menjadi ikon di seluruh dunia.

Populariti BTS bukan sahaja memperkenalkan industri K-Pop di seluruh dunia tetapi meletakkan Korea Selatan sebagai negara dikenali.

Mereka bertanggungjawab mengharumkan nama negara di persada dunia.

Atas sumbangan besar tersebut, peminat percaya semua anggota BTS perlu dikecualikan agar dapat terus memperkukuhkan nama Korea Selatan selepas ini.

Sementara itu, BTS menerusi syarikat pengurusan mereka memberitahu kesemua anggota kumpulan itu sudah pun bersedia untuk berkhidmat apabila dipanggil berbuat demikian kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI