fbpx

Peniaga Kedai Payang senyum lebar diserbu pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga tak menang tangan melayan pelancong yang menyerbu Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Musim cuti sekolah membuka rezeki buat peniaga Pasar Besar Kedai Payang di sini apabila tidak menang tangan melayan ribuan pelancong yang me­nyerbu premis itu untuk membeli cenderamata dan produk makanan.

Tinjauan mendapati pasar itu begitu sesak dengan manusia terutama di pusat pengumpulan dan penjualan produk makanan serta kraftangan hingga ada yang terpaksa menghabiskan masa selama sejam untuk mencari parkir.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Payang dan Bazar Warisan, Ahmad Shukri Abdullah berkata, pengunjung yang kebanyakannya pelancong mula menyerbu destinasi po­pular itu sejak Jumaat lalu.

“Semua barang jualan terutama produk makanan dan kraftangan tradisional Terengganu laris bagaikan pisang goreng panas.

“Antara yang menjadi tumpuan ialah keropok lekor, ke­ropok keping, manisan kerek, rempah ratus serta batik, kain sutera dan songket,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pasar Besar Kedai Payang di sini semalam.

Ahmad Shukri berkata, barangan kraftangan seperti produk tembaga, perkakas memasak dan anak patung penyu kegemaran kanak-kanak turut dicari pengunjung.

Seorang peniaga batik, sutera dan songket, Rakiah Abdullah pula berkata, beliau tidak menang tangan melayan pelanggan sejak Jumaat lalu.

“Dapatlah menampung kerugian ketika pandemik Covid-19 sebelum ini. Ada yang memberi nombor telefon supaya senang saya hantar gambar koleksi batik dan kain sutera terbaharu menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Sementara itu, seorang pe­ngunjung, Shahidah Ramli, 47, yang merupakan guru sebuah sekolah swasta di Shah Alam, Selangor memberitahu, dia membeli 50 helai batik sarung yang sebahagiannya dipesan kawan-kawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI