fbpx

Juruteknik dijel lapan bulan curi tempayan RM380

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringgi anggota polis selepas didakwa di Kompleks Mahkamah Melaka, hari ini.

MELAKA – Gara-gara mencuri tiga buah tempayan bernilai RM380 seorang juruteknik pendingin hawa dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nabihah Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Irwan Effendy Berahim, 42, yang mengaku bersalah sejurus tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga ketiga, tertuduh didapati telah mencuri tiga buah tempayan yang bernilai keseluruhan RM380.

Perbuatan itu dilakukan di tiga premis berbeza di dalam daerah Melaka Tengah masing-masing pada 6 Julai, 7 Ogos dan 25 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili Peguam Umar Zulkarnain memohon hukuman ringan diberikan dengan alasan anak guamnya telah insaf dan hanya bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ehsan Nasruddin bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut yang berjalan serentak.

Terdahulu, dalam prosiding sama tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi kesalahan memiliki sebuah motosikal curi jenis Honda EX5 pada 31 Oktober 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan. Hukuman itu turut diarahkan berjalan serentak bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI