fbpx

Kes ditipu scammer RM2.04 juta di Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di IPD Kuala Selangor, hari ini. /FOTO MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA SELANGOR – Nilai kerugian kes penipuan dalam talian yang melibatkan scammer di daerah Kuala Selangor berjumlah RM2.04 juta dalam tempoh bermula 1 Januari sehingga 31 Ogos tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Ramli Kasa berkata, hal itu amat membimbangkan apabila trend jenayah ini dilihat sama, seperti pada tahun lalu.

“Sepanjang tahun lalu iaitu dari Januari sehingga Disember, nilai kerugian bagi kes ini berjumlah RM6.4 juta yang melibatkan 149 kes.

“Pada tahun ini, kami telah menerima 72 laporan polis berhubung kes ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Kes terbaru katanya melibatkan seorang pesara kerajaan yang berumur 65 tahun ditipu sekumpulan scammer di rumahnya di Jeram di sini dua minggu lalu.

Menurutnya, salah seorang ahli kumpulan itu yang menyamar sebagai anggota polis menghubungi mangsa dan mengatakan anak mangsa telah ditahan anggota polis.

“Suspek meminta mangsa membayar wang sebanyak RM10,000 sebagai duit pampasan bagi melepaskan anak mangsa daripada tahanan polis.

“Tanpa berfikir panjang akibat panik, mangsa telah membayar wang pampasan itu, dengan memasukkan wang tunai berjumlah RM10,000 ke dalam akaun bank yang diberikan pihak scammer, melalui mesin deposit wang (CDM) pada hari sama,” ujarnya.

Ramli berkata, mangsa menyedari dia ditipu setelah membuat panggilan telefon terhadap anaknya yang kononnya ditahan, namun anaknya menyatakan dia tidak ditahan polis seperti yang didakwa scammer. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI