fbpx

Cubaan pindah diesel ke tongkang gagal, 5 ditahan KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tongkang yang dirampas pihak berkuasa di kawasan paya bakau berdekatan Pantai Aceh, Klang semalam.

KLANG – Cubaan lima individu memindahkan diesel bersubsidi ke sebuah kapal tongkang di kawasan paya bakau berdekatan Pantai Aceh di sini, tumpas apabila dicekup pihak berkuasa semalam.

Penahanan empat lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 63 tahun itu membawa kepada
rampasan minyak bernilai RM738,500.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diserahkan kepada pihaknya, kira-kira pukul 3 petang.

Kata beliau, siasatan mendapati wujud aktiviti pemindahan barang kawalan bersubsidi bahan api jenis diesel di lokasi tersebut.

“Hasil serbuan menemukan kapal tongkang berdekatan paya bakau dan dalam proses memindahkan diesel berkenaan.

“Kapal itu dipercayai menjadi lokasi penyimpanan minyak dan dijual kepada kapal lain yang berada di sekitar pantai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Zuhairi, pemeriksaan pihaknya turut mendapati tongkang itu dijadikan lokasi simpanan diesel bersubsidi tanpa dokumen sah.

“Selain penahanan lima lelaki dan kapal itu, rampasan melibatkan sebuah lori tangki dan kereta. Sebanyak 70,000 liter (l) bahan api disyaki diesel di dalam lori dan tangki kapal turut dirampas untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI