fbpx

10.5 juta kanak-kanak jadi yatim piatu akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK berlindung daripada hujan di bawah kepingan plastik di daerah Jaffarabad di wilayah Balochistan, Pakistan pada 25 Ogos lalu. - AFP

WASHINGTON – Lebih 10.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia menjadi yatim piatu atau kehilangan penjaga dengan lebih 7.5 juta hilang salah seorang atau kedua-dua ibu bapa akibat wabak Covid-19, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Data yang didedahkan oleh satu kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Pediatrics kelmarin itu mendapati statistik tersebut adalah jauh melebihi anggaran sebelumnya dengan bilangan korban masih meningkat.

Kematian itu memberi kesan jangka panjang yang berpotensi memusnahkan masa depan kanak-kanak termasuk hilang kebergantungan, masalah penderaan, kesedihan traumatik, masalah kesihatan mental, kehamilan remaja, pendidikan yang lemah serta penyakit kronik dan berjangkit.

“Walaupun berbilion dolar dilaburkan untuk mencegah kematian yang berkaitan dengan Covid-19, hanya sedikit yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang ditinggalkan,” kata penyelidik.

Tambah penyelidik, hanya Amerika Syarikat (AS) dan Peru yang menjalankan komitmen peringkat nasional untuk membantu kanak-kanak yatim piatu akibat Covid-19 setakat ini.

Justeru, mereka menggesa agar setiap pelan tindak balas terhadap wabak oleh sesebuah negara dapat merangkumi inisiatif penjagaan untuk kanak-kanak serta mencegah kematian penjaga dengan mempercepatkan vaksin, pembendungan dan rawatan.

Sementara itu, kajian yang sama turut mengenal pasti peratusan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu atau kehilangan penjaga berdasarkan benua dengan Asia Tenggara merekodkan kadar tertinggi.

Sebanyak 40.6 peratus kanak-kanak Asia Tenggara mengalami keadaan tersebut dan diikuti dengan Benua Afrika (24.3 peratus), Mediterranean Timur (14.6 peratus), Amerika (14 peratus),  Eropah (4.7 peratus) dan Pasifik Barat (1.8 peratus) setakat 1 Mei lalu. 

Kertas penyelidikan itu juga memetik negara paling terjejas teruk setakat 1 Mei lalu dengan 3.9 juta kanak-kanak di India menjadi yatim piatu akibat Covid-19, Indonesia (660,000), Mesir (450,000), Nigeria (430,000) dan Pakistan (410,000).

Antara wilayah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang paling terjejas pula termasuk Bangladesh, India, Indonesia, Myanmar dan Nepal, kata penyelidik.

Sementara di Afrika pula, negara yang mencatatkan statistik tertinggi termasuk Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Kenya, Nigeria dan Afrika Selatan.

Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, pengkaji menggesa kerajaan setiap negara agar menyediakan alternatif penjagaan dan perlindungan yang selamat serta melindungi anak-anak yatim melalui sokongan ekonomi, pencegahan keganasan, sokongan keibubapaan dan memastikan akses berterusan ke sekolah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI