KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan atau di tempat tertutup berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilik premis namun diberi pilihan untuk terus meminta orang ramai memakainya dalam premis mereka.
“Berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan tempat tertutup kini adalah suatu pilihan.
“Bagaimanapun pemilik premis boleh tentukan wajib pakai atau tidak. Sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis putuskan kena pakai, maka kena ikut kehendak pemilik premis,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara petang ini. – KOSMO! ONLINE