fbpx

Remaja 14 tahun sebak jadi wali nikahkan kakak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar remaja 14 tahun menangis selepas selesai menjadi wali bagi pernikahan kakaknya.

PETALING JAYA – Seorang remaja berusia 14 tahun dilihat menangis menahan sebak setelah selesai memikul tanggungjawab sebagai wali pernikahan kakaknya bersama pasangan pilihan baru-baru ini.

Pemilik akaun TikTok @Azzaasha yang juga merupakan ibu kepada dua beradik tersebut meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan puteri sulungnya itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah selesai pernikahan anakanda sulung yang dinikahkan oleh adiknya,” katanya.

Sementara itu, majlis tersebut diadakan di sebuah masjid dan rata-rata tetamu yang hadir melahirkan rasa sebak serta kagum dengan kebolehan remaja lelaki berkenaan menyempurnakan sesi akad hanya sekali lafaz.

Dalam pada itu, rakaman tersebut turut mendapat perkongsian pengguna yang lain dan pelbagai reaksi diberikan menerusi ruangan komen.

“Hebat anak kakak, terbaik. Saya pula yang menangis lihat situasi seperti ini,” luah seorang pengguna.

“Hebat kamu adik, moga membesar dengan baik dan jadi pemimpin yang baik buat keluarga kamu suatu hari nanti,” kata Laila Tapsir.

“Kecil lagi adik ini dah pikul tanggungjawab seorang ayah sebagai wali kepada kakaknya, moga rumah tangga kekal hingga ke Jannah,” komen Azizi Ijah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI