fbpx

Suami isteri sanggup sewa Proton Saga untuk edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shukri (tengah) menunjukkan ganja yang dirampas di Kuala Kedah pada sidang akhbar hari ini.

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis ganja seberat hampir 20 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM50,000 di pekarangan sebuah pusat perniagaan di Kuala Kedah dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasangan suami isteri warga tempatan berusia 33 dan 29 tahun itu ditahan ketika melakukan kegiatan pengedaran dadah di kawasan letak kereta di situ.

Katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menjalankan pemerhatian selama 20 minit mendapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga memasuki kawasan tersebut.

“Polis bertindak menahan pasangan suami isteri terbabit dan hasil pemeriksaan menjumpai dua beg kanvas di atas kerusi penumpang belakang kereta Proton Saga yang disewa itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui 20 bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja seberat hampir 20 kg,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut menyita sebuah kereta jenis Chevrolet dan motosikal jenis Yamaha milik suspek yang mana nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM68,000.

Kata beliau, suspek lelaki bekerja sebagai nelayan manakala isterinya bekerja sebagai tukang cuci dipercayai menjadi pengedar selama setahun dan mendapat bekalan dadah dari selatan Kedah sebelum dipasarkan di sekitar daerah Kota Setar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI