fbpx

Diminta beraksi ranjang, Zahiril Adzim tolak tawaran Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK akan berganjak dengan prinsipnya yang enggan melanggar hukum agama, Zahiril Adzim rela terlepas peluang membintangi sebuah filem Hollywood.

PETALING JAYA – Pelakon Zahiril Adzim mengakui pernah menolak tawaran berlakon dengan produksi Hollywood yang memerlukannya melakonkan adegan ranjang di atas katil.

Menurut Zahiril atau nama sebenarnya Mohd. Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, 38, dia tidak berfikir panjang menolak tawaran tersebut kerana lakonan babak intim melanggar prinsipnya sebagai seorang beragama Islam.

“Saya pernah menolak tawaran lakonan dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas dan sudah lupa judulnya.

“Baru sahaja membaca skrip, belum apa-apa sudah ada babak intim atas katil yang memerlukan saya dan pelakon wanita berbogel separuh badan. Terus saya ucap selamat tinggal,” katanya kepada Kosmo! Online selepas tayangan filem Ada Hantu 2 di sini, semalam.

Mengakui memasang impian untuk melebarkan sayap ke pentas dunia, dia bagaimanapun tidak akan sesekali melanggar hukum agama demi kerjaya lakonan.

“Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tidak mahu.

“Namun jika kerja itu meminta untuk melawan hukum Allah, saya rela tolak,” ujarnya.

Katanya, setiap pelakon sememangnya harus mengambil risiko demi karakter lakonan namun dia tetap dengan pendiriannya sebagai seorang muslim.

“Ya, seorang pelakon sepatutnya perlu lakukan apa sahaja demi watak. Bergantung kepada pelakon itu sendiri.

“Bagaimanapun, saya ada agama dan prinsip sendiri. Saya tidak akan sesekali ketepikan perkara tersebut,” ujarnya lagi.

Terbaharu, Zahiril bakal muncul dengan filem Ada Hantu 2 yang turut dibarisi Hairul Azreen, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua dan Rubini Sambanthan.

Filem arahan Hairul tersebut akan menjengah ke pawagam seluruh negara bermula 15 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI