fbpx

Kawasan perumahan dekat Pekan Baling turut dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Taman Bayu Indah berhampiran Pekan Baling pada petang tadi.

BALING – Selain Kampung Iboi di Kupang di sini, beberapa kawasan sekitar Pekan Baling turut dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat pada petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir di dua lokasi tersebut kira-kira pukul 6 petang tadi.

Katanya, anggota APM kini sedang memantau dan membantu mangsa terlibat.

“Jumlah rumah dan mangsa banjir masih dalam bancian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, antara kawasan dinaiki air di Pekan Baling adalah Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu.

“Penduduk di kawasan berisiko diminta berpindah ke tempat selamat kerana bimbang mereka terperangkap pada waktu malam kerana air Sungai Ketil deras dan semakin naik,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Komuniti Kampung Iboi, Mohamad Nor Che Husain,59, berkata, penduduk dalam keadaan berjaga-jaga kerana hujan masih turun di sekitar Gunung Inas.

“Kita bimbang kerana arus masih deras dan melepasi jambatan Bailey selain keadaan gelap,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI